03 April 2010

.::Bukan Niatku::.

Berjanjiku di suatu ketika
Bahawa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa
Cuba memalingku dari jalan bahgia..


Ternyata dalam perjalanan ini
Tidak semudah yang kutafsirkan
Jalannya beribu lorongnya berliku
Jika tersilap langkah menyesal ku selamanya..


Kasih andai cinta yang kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya..


Mungkinkah ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan
Maafkan aku yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya..


p/s: Manusie memang suke berjanji tapi kadang suke mungkir janji.. sering berjanji takkan menduekan Tuhan Yang Satu tapi tak penah tunaikan.. diriku juga tak ketinggalan.. sungguh hine aku rasekan.. Tuhan,tolonglah aku..Tolonglah aku hambaMu yang lemah dan hina ini..
Janganlah kau pesongkan aku jauh dari jalanMu.. Aku takkan biarkan sape2 cube jauhkan aku dari jalan bahagie..aku nak bahagie dunie akhirat..Ya Allah,bantulah aku agar aku mampu kecapi bahagie yang aku impikan,aminnn...(T__T)