29 January 2010

.::Aku Rela::.

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta aku terpaksa..

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta..

Biar ku tanggung segala derita
Asalkan agama selamat akhirnya
Yang membantah hanya berfalsafah
Kerana bimbang suapan harian..

Dengan menjual nama Tuhan
Lalu kebenaran disingkirkan
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya..

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini aku bahagia
Kerana pada kebenaran
Itulah terasa nikmat syurga..

p/s: lagu ni seakan memahami ape yang aku rase..
ape yang aku rase hanye aku je yang tau..
dan Tuhan jue mengtahui segale ape yang terbuku dalam hati..
aku dah tak reti nak cakap tentang perasaan..
aku pon tak tau nape perasaan ni datang..
nape aku sayangkan insan tu..
nape aku kasihkan insan tu..
aku tak punye jawapannye..

Ya Allah..
bantulah aku untuk hadapi segalenye..
berikanlah aku hidayahMu..
pimpinlah aku menuju redhaMu..
singkapkanlah aku himah segale ketentuanMu..
agar aku bisa terus berdiri..
meneruskan langkahku..
untuk menggapai cintaMu nan satu..(^_^)

28 January 2010

..realiti dan fantasi..

realiti dan fantasi..
2 perkara yang berbeza..
langsung tak sama..
langsung tak serupa..
benarlah bagai dikata insan..
realiti tak seindah fantasi
hakiki tak seindah mimpi..

realiti dan fantasi..
mampukah aku kecapi?
mampukah aku capai?
mampukah aku gapai?
aku jua berfikir sendiri..

realiti dan fantasi..
realiti itu lebih abadi..
fantasi itu hanya mimpi..
hakiki itu lebih nyata..
khayalan itu anganan cuma..

realiti dan fantasi..
bagaimana akan ku kecapi?
jawapannya tidak pada diri..
hanya Dia yang Mengetahui..
segala realiti dan fantasi..

realiti dan fantasi..
tak mudah ku gapai..
tak mudah ku capai..
namun akan ku sematkan..
dalam hati jua fikiran..
realiti akan pasti jadi kenyataan..
fantasi bukan sekadar angan-angan..

25 January 2010

Proposal oh Proposal..

Alhamdulillah..
syukur aku panjatkan pade Dia..
aku masih lagi bernafas..
dan jugak aku masih mampu untuk teruskan langkahku..
adooooiiiiaaaaiiii...
pening pale aku dok pikir pasal proposal ni..
proposal ntok projek paper..
Ya Allah..
macam2 dah buat..
sumenye tak menjadi..
idea?? lagi la..
langsung tak di jane..
tak tau la nape..
tepu sangat dak otak aku ni..
adelaaa..
aku rase bleh gonjol aku kalo cam ni lame2..
tak memasal monyol plak tetibe..
huahuahuahuaa...\0_o/
mane taknye..
banyak yang aku pikir..
itu la...ini la..
kadang2 buntu jugak..
dah tak tau nak wat ape..
dah kering idea ni..
memang busy giler la..
nak wat itu,nak wat ini..
macam2 la..
jumpe orang tu..
jumpe orang ni..
bosannnn3...(@_@)
tapi walocamne skalipon aku tak bleh mengalah..
aku kene usehe ntok wat yang terbaik..
lagi pon ni sume ntok mesa depan aku..
ape2 pon aku tak kisah..
segale ape yang datang aku akan tempuh..
aku akan harungi cabaran dan dugaan tu..
setiap manusie kan sumenye diuji..
cume yang berbeza hanyelah kekuatan iman..
tak kurang jugak fizakal dan mental..
segalenye kene kuat..
segalenye kene tegar..
yakin bahawe Dia salu ade ngan kite..
hanye Dia yang akan tolong kite..
tak kire senang atau susah..
doa tu yang paling mustajab..(^_^)
p/s: kepayahan hanya dugaan sementara..
berkat doa kan berakhir jua..
heheheh,lagu NICE..(^_*)v

24 January 2010

~Bila Hati Terjatuh Cinta~

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati,orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman..

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam..
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?”

Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya..

“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya..
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ”
Mak menyusun ayat-ayatnya..
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung.. “Cinta di dalam jalan Allah..Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”

Mak menyambung lagi. “Begini,setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan.Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah.Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”

Wajah saya merah,sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah..Siapakah jodohnya itu?” Mak berhenti seketika.Saya tunduk malu,cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak..

Secret Admire..

“Kakak,mak dulu masa besar ada secret admire..Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur..Mak sedar mak anak yatim,anak orang miskin,adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh..Lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus,mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak,maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu..”

Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak,semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.Emak ketawa kecil..
“Walaupun mungkin ada,mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..Mak,seperti kakak..”

Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya..

“Mak anak ustaz ustazah..Tapi zaman tu ustaz ustazahnya masih berkebaya pendek dan ketat.Tok wan mak kiyai.Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh,hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong..Bila di sekolah,mak pelajar pertama yang bertudung..Mak membawa imej agama.Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji..Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan.Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”

Emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian.Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami.Dia suruh kami teruskan..” sambung emak..

Ada getar di hujung suara emak.Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu..

“Mungkin kerana personaliti mak,mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak..Jadi,bila mak nak ambil sesuatu tindakan,mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi,bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama.Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..”

Mak menelan air liurnya.Saya diam.Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya..

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak..jatuh cinta perkara biasa.Apabila kita jatuh cinta pada seseorang,itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat..Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..Bercouple mungkin..Tetapi bukan berkahwin..Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita,jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali..Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Tiba-tiba air mata saya mengalir.Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.Emak meneruskan,“Allah itu Maha Adil..Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya,yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri..Sebabnya hamba tu degil.Dia mahukan yang bukan haknya,yang bukan milik dia.Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya..

Dalam Islam,kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri..Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan,kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki,kita ada batas-batasnya.Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi,tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan..

Cuba kakak renungkan,kita mengenali seorang insan yang amat baik,sempurna agamanya dan rajin.Lalu kita jatuh hati padanya.Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain,kita pula dengan yang lain..Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus..Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah..Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah..Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita,dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa..

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini..

“Kakak..jadi di sini mak nak kakak faham,jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain..Kerana itulah ramai isteri yang curang,suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta,jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia..

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah,kerana itu kita mencintai si dia.Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak..Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri,ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya..Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah..

Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita.Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita,itulah nikmat lazatnya bercinta.Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita,kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..

Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia.Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin,hodoh,cacat dan dungu..Betapa nikmatnya cinta Allah,hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.. ”

Redha..

“Kakak..Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak,terimalah dengan hati yang redha..Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.Kalau yang kakak sayang,tak jadi hal lah..Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia,ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing..

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia..

Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun.Terasa lemah lutut hendak berdiri.Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat.Pelukan emak sangat-sangat kuat..

“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..”

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya..

p/s: citer ni best jugak..
bile aku renung balik,ade jugak btolnye..
mungkin belum masenye aku mencari cinte..
dan mungkin jugak aku perlu berusehe mancari cinte..
tapi aku tak kisah sume tu..
aku tau cinte tu akan datang..
tapi ienye satu ari nanti..
aku yakin Tuhan pasti akan temukan aku dengan cinteku..
Ya Allah,kudamba redhaMu..(^_^)

23 January 2010

.::Di Tangisan Cinta::.

Hanya kerana insan
Sanggup pula kukorban
Menggadai cinta dan jua segala kepercayaan..

Hakikatnya lumrah dunia
Isinya permainan dan khayalan
Meski telah sering ku dikhabarkan..

Hatiku ditawan oleh keindahan
Fana yang dipupuk nafsu dan kealpaan
Langsung ku dibayangi resahnya perasaan
Kerna kasihMu lebih kudambakan..

Di tangisan cinta yang agung
Aku berserah diri demi kebesaranMu
Di sujud penuh kerendahan
Aku merintih padaMu Ya Rabbi Ya Ilahi..

p/s: lagu ni best sangat..
aku suke lagu ni..
btol la ape yang disampaikan..
insan dibutekan kerane cinte..
sanggup berikan ape je..
tapi cinte tu hanye sementare..
cinte yang sejati dan abadi hanyelah
pade Dia Yang Satu..(^_^)

Luahan Hati Ini..

Ya Allah..
Syukur ku panjatkan padaMu..
kerane aku masih lagi diberikan nyawe untuk terus berade di bumi ini..
syukur juge ku panjatkan padaMU dengan segale nikmat yang aku dapat..

Ya Allah..
aku tak paham dengan ape yang dah terjadi dalam diri aku sekarang..
berbagai rase sedang bercampur-baur..
aku pon tak tau ape yang aku rasekan..
susah untuk aku explen kat sume orang..

Ya Allah..
nape perasaan ini hadir dalam hatiku??
nape perasaan ini menerjah nuraniku??
nape perasaan ini menjengah jiiwaku??
nape perasaan ini melande sanubariku??

Ya Allah..
aku tak tau ape yang patot aku wat skang ni..
cam ne nak ilangkan perasaan ni pon aku tak tau..
sumenye menghantui pikiran aku..
sumenye berlegar2 dalam kepale aku..

Ya Allah..
tunjukkanlah aku jalanMu..
berikanlah aku hidayahMu..
singkapkanlah aku hikmah segale ketentuanMu..
agar sinarMu mampu berikan aku pedoman..
hanye padaMu segale ketetapan..

Ya Allah..
hanye redhaMu yang kudambakan..
hanye kasihMu yang kuharapkan..
hanye cintaMu yang kuidamkan..
hanye padaMu aku memohon..
hanye padaMu aku meminte..

Ya Allah..
aku berdoa seikhlas hatiku..
agar Kau lenyapkan rase ini..
sungguh ku tak inginkan kehadiran ienye lagi..
sebab perasaan tu mencengkam jiwe aku..
aku dah tak bleh nak hadapi..
aku dah tak dapat nak tahan..
sakitnye aku rase aku je yang tau..
aku yang tanggung sumenye..

Ya Allah..
ape2 pon aku bersyukur sebab aku di beri ujian ini..
aku tau diriku,imanku sedang di uji..
aku time sumenye dengan redha..
aku time sumenye dengan ikhlas..

bila kesusahan..
terasa hidup terlalu payah..
berbagai persoalan menerjah..
baru minta petunjuk hidayah..

p/s: tetibe je teringat lagu NICE ni..
Sesekali Diuji,huhuhu..(#_#)

22 January 2010

.::Bicara Tentang Cinta::.

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kalu ku kedukaan
Memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan..

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi
Indahnya hidup ini..

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti
Pendorong pengubat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi..

Selagi masih aku terdaya
Menuturka kata-kata
Kan ku bicarakan yang
Sesungguhnya di hati ini dikau saja
Yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..

p/s: best giler lagu ni..
aku suke sangat2..
tak tau la nape..
ape2 pon lagu ni tetap top,yesss2!!!(*_^)

.::Harga Sekuntum Cinta::.

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam di tewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
Masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah CintaNya

p/s: lagu ni best sangat..
kumpulan fareast yang nyanyi..
cinte manusie tu ade betol ade tidak..
jadi kite kene bijak menilai..
dan sesungguhnye cinte yang abadi..
hanyelah pade Ilahi..(^_^)

21 January 2010

Ade Citer Lagi..

Alamakkkkk..
aku lupe nak citer semalam..
kisah pasal cuti sem aku tu la..
(erkkkkkkkkk,de lagi ke??=p)
ade2,ngehngehngeh...
mase cuti sem aritu tanggal bape ari bulan ntah..
jap eh aku tengok kelender jap..
haaa,dah jumpe,dah jumpe..
18 ari bulan 12 2009 @ 18.12.2009..
aku gi reunion SMKT..
tempatnye kat Restoran Seri Puncak..
mule2 aku pon tak tau katne..
pas abah aku cakap yang retoran tu kat atas bukit baru la aku tau..=)
wawawieeeeee,seronok jugak la malam tu..
tapi tak la seronok sangat,bese2 jekkkkkkkkk...
seronok jugak aku dapat jumpe kawan2 lame..
geng2 aku mase skolah dulu..
geng2 dak 6AV walopon tak cukup korem..
tapi best laaa...
dapat amek gamba,kandid2..
huahuahuahuaaaaa.....
pastu ade gak cabotan bertuah..
aku pon dapat skali,hehehee...=)
nak tau tak aku dapat ape??
agak2 ape?? jeng3...
aku dapat tabong duit..
hahahahahahahahaaaa..
gamaknye insan yang bagi tabong tu suruh aku berjimat kot..
kahkahkahkahkahhhh...
ape2 pon thanks kat insan yang bagi aku hadiah tu..
dengar kate tahun ni dorang nak wat lagi..
tapi tak sure la bile..
aku harap aku dapat gi lagi tahun ni..
kalo takde aral melintang la...
niway,aku cukup2 enjoy malam tu..
walopon geng aku tak cukup,huhuhu...(#_#)
sekian,tu je la citer aku..
tapi walo cam ne pon aku tetap rindu kawan2 aku..
bie,ghan,jaidaa,saza,julie,rini,jua..
ramai la lagi...
doa aku semoge aku akan dapat lagi jumpe ngan dorang ni sume..(^_^)

p/s: ngah dengar lagu antare 2 kasih ni..
sayu dan pilu tetibe..(T_T)

20 January 2010

..bicare dalam hati..

Tuhan..
Maafkan diri ini andai pernah buat silap pade dirinye..
Maafkan diri ini andai pernah menyakiti hatinye..
Maafkan diri ini andai pernah menyayangi dirinye..
Maafkan diri ini andai pernah menyimpan perasaan pade dirinye..
Maafkan diri ini Ya Allah..

Tuhan..
Aku tau..
Aku tak layak untuk dirinye..
Aku tak layak kawan dengan die..
Aku tak layak mendekati dirinye..
Aku tak layak untuk sumenye..

Namun..
Kau tetap jua temukan aku dgn dirinye..
Kau tetap jua dekatkan aku dgn dirinye..
Tapi kenape sume ni harus trjadi??
Aku tak punye jawapannye..

Tuhan..
Adakah aku mampu berdepan dgn dirinye?
Adakah aku mampu untuk terime dirinye kembali?
Adakah aku mampu menyayangi dirinye?
Adakah aku mampu mengasihi dirinye?

Tuhan..
Aku redha andai ini dugaanku..
Aku redha andai ini adalah ujianku..
Aku redha andai ini cubaan bagi diriku..
Seikhlas hati aku menerimenye..

p/s: aku dah tak reti dah nak cakap soal ati dan perasaan ni..
segale ape yang berlaku biarlah berlalu..
takkan aku kenang lagi..
biala sumenye lenyap dari ingatan..
Ya Allah pimpinlah aku untuk menggapai redhaMu,aminnn..(^_^)

Macam-macam Citer..

Alhamdulillah..
syukur aku panjatkan pade Ilahi kerane masih diberikan nyawe untuk bernafas sampai arini..
dan syukur jugak aku pade Ilahi sebab masih lagi mampu berdiri meneruskan perjuangan aku kat kampus ni walopon bermacam dugaan,bermacam ujian harus aku tempuhi..
semoge aku akan terus kuat untuk hadapi sumenye,aminn..(^_^)

sebnanye banyak yang aku nak tulis..
cume aku tak tau nak stat dari mane..
tapi mampukah aku citer atu persatu ape yang berlaku??
mampukah aku merungkai sume yang dah terjadi dalam idup aku??
insyaAllah aku cube..(^_^)

aku dah lame dah nak update blog ni tapi aku takde mase yang betol2 mengizinkan..
dah lame tak pose citer2 yang nak kate menarik tu tidak la tapi citer2 yang berlaku dalam idup aku sepanjang tahun lepas..
banyak citer yang menarik..
yang tak bape menarik pon tak kurang hebatnye..

first skali,tahun 2009 dah pon melabuhkan tirainye dekat 4 minggu yang lalu..
skang dah hari ke-20 aku berade dalam tahun 2010..
seblom tu tak terlambat lagi untuk aku wish 'Happy New Year' ..
doa aku semoge diri ini akan sentiase tabah menghadapi segale kemungkinan di mase hadapan..
Allah,Kau bantulah daku untuk mencapai kejayaanku dunie akhirat,aminnn...
tak lupe jugak aku harap aku akan terus mampu berusehe untuk menjadi pelajar yang berjaye..
insyaAllah..(^_^)

second,citer pasal cuti sem aritu..
macam2 perkare jadi mase cuti sem aritu..
yang paling best aku suke dapat main ngan anak sedare baru aku tu..
NUR ALYAH DAMIA yang chumel lagi kiut,hehehehe..
tapi tak kurang hebatnye ngan citer pertunangan..
2 orang kawan aku dah bertunang aritu..
robie and aisyah atau pun age,hehehehehe..
best jugak tengok dorang..
tak sangke aku..
kawan aku mase skolah dulu yang main pukul2 ngan aku,yang suke ketawe ngan aku dah bertunang dah..
syukur alhamdulillah dan aku sentiase mendoakan kebahagiaan mereke dunie akhirat..
tapi aku ade rase ckit jeles..
hahahahahaha,tak memasal je nak jeles,kan??
ye la..orang dah bertunang..
diri sendiri tak tau bile..
kadang orang suke tanye aku "bile nak kawen??"
aku tak tau nak jawab ape..
malu pon ade..
tak tau la nape..
huhuhuhuuu..(#_#)
banyak mende yang aku kene pikir seblom aku pikir pasal ni..
aku kene keje dulu,carik duit dulu,kumpul harte..
bukan aku saje2 nak wat ni sume..
tapi aku pikirkan family aku..
aku nak bantu family aku..
biala orang nak cakp ape pon aku tak kisah..
orang yang paham aku akan tau ape yang aku alami..(^_^)

third,sem baru dah mule..
so,lembaran baru hidup di kampus akan bermule..
sebnanye dah bermule dah ari isnin aritu 18 Januari 2010..
skang dah stat nak cari lect la,kelas la..
adoiiiiaaaiii,poning palo den ni haaa..
macam2 den kene pikio..
dah la sem ni ade projek paper..
ngan corporate finance yang killer tu..
aduhhh,tensen aku dibuatnye..
macam2 mende kene wat..
alaaa,normal la tu..
bukan ke ni sem akhir..
so,kene ushe lebih la kan? betol tak?
ape2 pon aku tak kisah..
yang penting aku dapat teruskan pengajian aku,wat yang terbaik ntok projek paper aku..
tu sume dah cukup bagi aku..
and aku hope jugak lepas ni takde halangan wat aku..
kalo ienye datang skalipon,aku akan cube sedaye upaye ntok hadapinye..
kan memang itu lumrah idup manusie..
tak penah lepas dari dugaan,ujian,dan musibah,kan??

sekian,tu la antare citer aku..
aku harap ienye akan sentiase berada dalam ingatan aku..
salam sayang salam kasih dari aku untuk family dan kawan2 yang sentiase begi sokongan wat aku untuk meneruskan langkah aku dalam mengejar kejayaan ku..


tika ujian datang menduga..
tiada berputus asa dan kecewa..
andainya rebah bangkit semula..
berserah mengharap rahmatNya..(^_^)

p/s:dah lame tak dengar lagu ni..