30 March 2010

.::Kisah Cinta::.

Dulu kau berdiri bersamaku
Dan saling mengukir janji
Bahwa kau kan selalu ada di sini
Susah senang ku bersama kau tempuhi
Kuhargai..

Kini kau di mana..
Meninggalkan ku sendiri tak berdaya..

Pesanmu padaku janganlah berduka..
Jangan menangisimu bila kau tiada..
Ku mencuba..

Air mata pun jatuh ke pipi
Mengingkari janji yang kuberi
Kisah cinta sahabat sejati
Tak berakhir bila engkau pergi
Sahabatku kau kan kurindui
Kerna kau takkan kembali..

Walau kau di sana
Namun doaku kan selalu bersama
Maaf kerna ku tak pernah tuk berkata
Bahwa kaulah teman yang paling sempurna
Yang ku ada..


p/s: lagu ni pon best jugak..melodi intro cam bunyi kotak muzik,heheheh..i like it!! ahaa2!!=D
hahahaha..lagu ni diilhamkan daripade Beethoven,artis dari luar..kalo melodi betul beethoven ni tak nyanyi..juz ade melodi pakai piano je..hehehe,sungguh kreatif orang yang kompos lagu ni,kan?? aniway,aku suke sangat2 lagu ni..skang terus menjadi siulan aku hari2..semoge lagu ni terus mendapat tempat dalam hati aku dan semoge nasyeed underground terus maju..(^_^)

.::Curang::.

Ku akui ku pencinta sejati
Ku berjanji yang Kau slalu kusayangi
Namun kasih slalu kubohongi
Betapa malunya aku menghadapMu..

MencariMu hanya bila kurindu
Mula bersujud hanya bila kuperlu
Namun bila Kau beriku cinta
PanggilanMu tak pernah aku dengar..

Angkuhnya ku pada kejadianku
Merasakan dunia lama milikku
‘kan kelukah lidah bersyahadah cinta
Bila nafas dihujung nyawa..

Curangnya ku di setiap nafasku
Melupakan aku hanya milikMu
Jauhkah syurga dari pandangan?
Kifarah dosa (sakit) kini kurasakan..


p/s: lagu ni citer pasal curang sorang insan terhadap Tuhannye..bukan curang kekasih pade kekasih ke, pakwek makwek ke..bukan..best tau lagu ni..aku suke sangat..melodi lagu ni juz pakai gitar je and aku tau mesti Halim (Devotees) yang kompos..yelaa,die yang nyanyi ngan Hasbi (Feelhoney) lagu ni..walopon lagu ni cume demo, tapi aku tetap suke..tak kisah la ape orang nak kate yang penting aku suke ngan lagu dan melodinye..congrats to Halim and Hasbi.. hii,tak sabar plak nak tunggu lagu penuh dari Feelhoney..dorang yang nyanyi lagu ni..aniway, aku doakan yang terbaik buat sume..(^_^)

25 March 2010

Nasyeed Underground..

Bilmillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah..syukur aku panjatkan pade Ilahi sebab aku masih mempu untuk terus berdiri meneruskan kehidupan ni..sebnanye dah lame nak post tapi hajat tu tak sampai..intenet ni mengong dah skang ni..tak tau la nape..mane yang patah pon tak tau la..

Best la plak layan lagu2 nasyeed underground ni..banyak jugak lagu yang best2 yang menarik perhatian aku..DITANGISAN CINTA,KISAH CINTA,MASIH ADA CINTA,BUKAN NIATKU, MESSAGE UNDEIVERED,REALITI,JODOH DAN TAKDIR, banyak lagi la..best beb wa cakap lu!!! ahahahaa,sebnanye dah lame dah tau pasal nasyeed underground ni..cume takde peluang nak cari lagu tu kat intenet..payah nak cari tapi skang dah jumpe,so i'm really2 happy!! yieba2!!! andre2!!! =D konon2 nak beli la..tanye halim la,syahman la..alih2 dapat donlod..tak payah la beli lagi dah,ngaahahahaha..=D lagu yang betul2 aku tau dalm album ni just DITANGISAN CINTA ngan MESSAGE UNDELIVERED jekk..yang lain tak tau..sebab aku tau pon time bulan pose dule,huhuhu~~~

Dan yang paling aku suke lagu KISAH CINTA by Feelhoney..siyesly,aku suke melodi lagu ni.. first2 donlod takdek pe..bile masuk je orang nyanyi,terus aku jadi pelik..pelik dengan melodi lagu tu..cam aku kenal jek melodi tu dan melodi tuuu,kotak muzik!! yup,kotak muzik..ape lagi,terus bersiul la aku nyanyi lagu tu,agagagaa..=D aku bagi kat zaf and zaf pon suke!!! yess,andre2!!! aku suke!! aku suke!!! ~~~=D tak sangke rupenye lagu tu melodinye cukup syahdu,mampu wat aku lentok,kahkahkah..(perasan la ko aen oiii...)

Pasni maybe bulan 4 kot nasyeed underground volume 2 akan kuar..jeng,jeng,jeng...aku suke!!! tak sabar betol nak tunggu lagu curang yang fully feelhoney nyanyi..sebab aku dah dengar yang demo punye..best jugak,aku suke sangat2!!! feat antare Halim Devotees ngan Hasbi Feelhoney.. mendayu dan syahdu jek rase kalo dengar lagu tu,huhuhu~~ sebab lagu tu demo version acoustic..tu yang syok tu..lagi plak aku suke betol lagu yang meodi just pakai gitar jek..=D

Ape2 pon aku harap aku dapat dengar fully lagu2 dalam album yang akan datang ni..bukan ape sebab pasni tak tau la aku dapat berjinak lagi ngan nasid atau tak..yela,aku kan dah nak praktikal,nak keje,,so,aku takot takdek mase nak layan nasyid dah..tapi aku akan cube sedaye upaye aku ntok terus pertahankan nasyid aku ni,insyaAllah..

p/s: banyak betol mende yang berlaku lately ni..wat aku sakit ati pon ade..penat aku layan kerenah insan2 yang takdek akal ni..Ya Allah,kuatkanlah semangat aku untuk menhadapi segale ujianMu ini,aminnn....

24 March 2010

Kerana Awak Insan Yang Tak Mampu Saya Miliki..

Tatkala saya menulis warkah ini, saya berdoa semoga awak sentiasa bahagia berada di bawah payung rahmat Ilahi.. Semoga segala apa yang awak rancangkan sentiasa mendapat barakah dariNya.. Dan juga semoga awak terus sabar dalam menongkah arus kehidupan yang awak jalani.. Doa saya sentiasa mengiringi setiap gerak langkah awak. Mudah-mudahan segala apa yang awak usahakan akan sentiasa diberkatiNya, insyaAllah…

Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni bermacam-macam perkara berkaitan awak berlegar-legar di fikiran saya, segala cerita bermain-main dalam kotak fikiran saya, dan tidak terkecuali berbagai-bagai persoalan menerjah ruang minda saya ni.. Namun, saya tak mampu untuk menjawab segala persoalan, segala pertanyaan tu..

Semenjak saya terdengar bermacam-macam ceritera tentang awak, saya terpana seketika.. saya terkedu dan terus terkeliru dengan diri sendiri.. saya mengucap panjang dalam hati.. benarkah apa yang saya dengar?? Benarkah sitara tu? Akhirnya saya tahu satu persatu rahsia tentang awak.. Segala-galanya telah terungkai.. segala persoalan saya selama ni telah pun terjawab..

Awak, betul ke apa yang mereka semua cakap tentang awak?? Betul ke apa yang mereka bicarakan?? Betul ke?? Katakanlah ianya hanyalah lakonan awak semata-mata.. katakanlah ianya hanya delusi saya sahaja.. katakanlah ianya hanya ilusi saya.. katakanlah yang awak tak saperti yang mereka bicarakan.. katakanlah awak!!! Katakan!!!

Awak, saya seperti kehilangan kata-kata apabila mereka berbicara sebegitu tentang awak.. saya tak ingin mentafsir sesuatu yang buruk mengenai awak.. saya tak ingin membuat spekulasi yang tak elok tentang awak kerana saya tahu Tuhan tak suka jika umatNya bersangka buruk dengan umat yang lain.. saya sendiri tak pasti sama ada betul itu diri awak atau awak hanya sekadar berlakon semata-mata.. Atau awak hanya berpura-pura saja?? Saya pun tak tahu..

Awak, sejujur hati saya tahu awak pasti ada sebab awak yang tersendiri mengapa awak bertindak sebegitu.. mengapa awak berlagu begitu.. hanya awak saja yang punya solusinya, yang punya jawapannya terhadap setiap persoalan yang berlegar di minda saya. Walau apa pun yang berlaku, ingatlah, dari jauh saya sentiasa doakan kebahagiaan dan kejayaan awak dunia dan akhirat..

Awak, usahlah awak risau.. usahlah awak khuatir.. segala memori tentang kita, saya akan cuba untuk melupakannya.. saya akan meluputkan segala kenangan kita.. mengapa dan kenapa hanya saya saja yang tahu.. biarlah ianya menjadi rahsia dalam hati saya. awak, saya tak pernah lupa setiap apa yang pernah awak bicarakan pada saya.. setiap bait kata-kata itu sentiasa ada di minda saya..

Namun saya tahu, semua itu hanyalah kata-kata.. kata-kata yang tak mungkin jadi kenyataan.. setiap madah awak sudah tidak bermakna lagi buat saya.. sebab saya tahu semuanya hanyalah palsu semata-mata.. semuanya hanyalah khayalan saya saja.. sebab saya tahu siapa diri awak.. saya tahu siapa saya pada awak.. sekadar di pinggiran saja, betul kan? Dan saya tahu saya tak setanding awak.. saya tak setaraf awak.. doa saya semoga awak bertemu dengan insan yang awak harapkan dia akan menjadi suri di hati dan hidup awak suatu hari nanti.. insyaAllah, mudah-mudahan..

Awak, saya tak ingin kenangkan segalanya lagi.. biarlah ianya berlalu dan terus berlalu.. jangan diungkit lagi.. jangan dibangkitkan lagi semuanya.. biarlah ianya dimamah usia seiring dengan usia kita.. biarlah kita sama-sama melupakan setiap apa yang pernah kita lalui bersama..

Awak, saya tahu sebenarnya saya dapat rasakan yang hubungan kita takkan kekal berpanjangan.. saya pun tak punya jawapannya tapi hati saya berkata satu kata.. awak bukan insan yang sesuai buat saya dan saya juga tak sesuai untuk awak.. ingin saya kejar awak walaupun saya mampu namun, saya terpaksa menghentikan langkah saya.. saya terpaksa berpaling pada kehidupan saya yang nyata.. semuanya kerana saya tahu dan sedar di mana kedudukan saya..

Awak, sebagai insan.. saya amat sayangkan awak sebagai sahabat saya.. saya amat sayangkan persahabatan kita.. namun, saya harus redha.. tali persahabatan kita hanya mampu bertahan sampai di sini.. awak, akhir kata, saya memohon berjuta ampun dan maaf dari awak andai selama kita berkenalan dan berkawan, saya ada menyinggung hati dan perasaan lelaki awak.. saya terkasar bahasa dan terlampau cara dengan awak.. sekali lagi saya memohon jutaan ampun dan maaf.. walau apa pun yang terjadi selepas ini, doa saya santiasa mengiringi setiap langkah awak, insyaAllah..

Awak, andai suatu hari nanti kita bertemu kembali, saya meminta agar kita boleh jadi sahabat kembali.. kita simpulkan kembali tali persahabatan yang telah terlerai.. andai diizinkanNYa, mungkin kita boleh jalinkan kembali ukhwah kita bersama..
Awak, warkah ni dah terlalu panjang rasanya.. biarlah saya berhenti sampai setakat ni.. walaupun masih berbaki bicara saya ni.. biarlah kita menongkah arus hidup ni mengikut landasan masing-masing.. mungkin ini adalah yang terbaik buat kita bersama.. saya akan sentiasa berdoa dan terus berdoa padaNya agar kita sentiasa berada dalam rahmatNya, insyaAllah..

Tak mungkin ku berpaling pada dia dan tak mungkin ku berkasih kembali dengannya..(^_^)