04 July 2009

..biarkan..

Biarkan kepahitan itu pergi..
Agar kemanisan mengisi..
Biarkan kekecewaan itu berlalu..
Agar kegembiraan mewarnai..
Biarkan kegelisahan itu lenyap..
Agar ketenangan datang menerjah..
Biarkan kekusutan itu menguji..
Agar kematangan mampu dikecapi..
Biarkan kesepian menjauh..
Agar keceriaan itu kembali..
Biarkan penderitaan itu menyapa..
Agar kekuatan dijana semula..
Biarkan kelukaan itu hilang..
Agar kedamaian itu abadi..
Biarkan semuanya terjadi..
Agar kebahagiaan itu kita miliki..
Kerana ianya adalah milik kita yang hakiki..(",)
*_prof. Nafirin_*