29 January 2010

.::Aku Rela::.

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta aku terpaksa..

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta..

Biar ku tanggung segala derita
Asalkan agama selamat akhirnya
Yang membantah hanya berfalsafah
Kerana bimbang suapan harian..

Dengan menjual nama Tuhan
Lalu kebenaran disingkirkan
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya..

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini aku bahagia
Kerana pada kebenaran
Itulah terasa nikmat syurga..

p/s: lagu ni seakan memahami ape yang aku rase..
ape yang aku rase hanye aku je yang tau..
dan Tuhan jue mengtahui segale ape yang terbuku dalam hati..
aku dah tak reti nak cakap tentang perasaan..
aku pon tak tau nape perasaan ni datang..
nape aku sayangkan insan tu..
nape aku kasihkan insan tu..
aku tak punye jawapannye..

Ya Allah..
bantulah aku untuk hadapi segalenye..
berikanlah aku hidayahMu..
pimpinlah aku menuju redhaMu..
singkapkanlah aku himah segale ketentuanMu..
agar aku bisa terus berdiri..
meneruskan langkahku..
untuk menggapai cintaMu nan satu..(^_^)