24 March 2010

Kerana Awak Insan Yang Tak Mampu Saya Miliki..

Tatkala saya menulis warkah ini, saya berdoa semoga awak sentiasa bahagia berada di bawah payung rahmat Ilahi.. Semoga segala apa yang awak rancangkan sentiasa mendapat barakah dariNya.. Dan juga semoga awak terus sabar dalam menongkah arus kehidupan yang awak jalani.. Doa saya sentiasa mengiringi setiap gerak langkah awak. Mudah-mudahan segala apa yang awak usahakan akan sentiasa diberkatiNya, insyaAllah…

Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni bermacam-macam perkara berkaitan awak berlegar-legar di fikiran saya, segala cerita bermain-main dalam kotak fikiran saya, dan tidak terkecuali berbagai-bagai persoalan menerjah ruang minda saya ni.. Namun, saya tak mampu untuk menjawab segala persoalan, segala pertanyaan tu..

Semenjak saya terdengar bermacam-macam ceritera tentang awak, saya terpana seketika.. saya terkedu dan terus terkeliru dengan diri sendiri.. saya mengucap panjang dalam hati.. benarkah apa yang saya dengar?? Benarkah sitara tu? Akhirnya saya tahu satu persatu rahsia tentang awak.. Segala-galanya telah terungkai.. segala persoalan saya selama ni telah pun terjawab..

Awak, betul ke apa yang mereka semua cakap tentang awak?? Betul ke apa yang mereka bicarakan?? Betul ke?? Katakanlah ianya hanyalah lakonan awak semata-mata.. katakanlah ianya hanya delusi saya sahaja.. katakanlah ianya hanya ilusi saya.. katakanlah yang awak tak saperti yang mereka bicarakan.. katakanlah awak!!! Katakan!!!

Awak, saya seperti kehilangan kata-kata apabila mereka berbicara sebegitu tentang awak.. saya tak ingin mentafsir sesuatu yang buruk mengenai awak.. saya tak ingin membuat spekulasi yang tak elok tentang awak kerana saya tahu Tuhan tak suka jika umatNya bersangka buruk dengan umat yang lain.. saya sendiri tak pasti sama ada betul itu diri awak atau awak hanya sekadar berlakon semata-mata.. Atau awak hanya berpura-pura saja?? Saya pun tak tahu..

Awak, sejujur hati saya tahu awak pasti ada sebab awak yang tersendiri mengapa awak bertindak sebegitu.. mengapa awak berlagu begitu.. hanya awak saja yang punya solusinya, yang punya jawapannya terhadap setiap persoalan yang berlegar di minda saya. Walau apa pun yang berlaku, ingatlah, dari jauh saya sentiasa doakan kebahagiaan dan kejayaan awak dunia dan akhirat..

Awak, usahlah awak risau.. usahlah awak khuatir.. segala memori tentang kita, saya akan cuba untuk melupakannya.. saya akan meluputkan segala kenangan kita.. mengapa dan kenapa hanya saya saja yang tahu.. biarlah ianya menjadi rahsia dalam hati saya. awak, saya tak pernah lupa setiap apa yang pernah awak bicarakan pada saya.. setiap bait kata-kata itu sentiasa ada di minda saya..

Namun saya tahu, semua itu hanyalah kata-kata.. kata-kata yang tak mungkin jadi kenyataan.. setiap madah awak sudah tidak bermakna lagi buat saya.. sebab saya tahu semuanya hanyalah palsu semata-mata.. semuanya hanyalah khayalan saya saja.. sebab saya tahu siapa diri awak.. saya tahu siapa saya pada awak.. sekadar di pinggiran saja, betul kan? Dan saya tahu saya tak setanding awak.. saya tak setaraf awak.. doa saya semoga awak bertemu dengan insan yang awak harapkan dia akan menjadi suri di hati dan hidup awak suatu hari nanti.. insyaAllah, mudah-mudahan..

Awak, saya tak ingin kenangkan segalanya lagi.. biarlah ianya berlalu dan terus berlalu.. jangan diungkit lagi.. jangan dibangkitkan lagi semuanya.. biarlah ianya dimamah usia seiring dengan usia kita.. biarlah kita sama-sama melupakan setiap apa yang pernah kita lalui bersama..

Awak, saya tahu sebenarnya saya dapat rasakan yang hubungan kita takkan kekal berpanjangan.. saya pun tak punya jawapannya tapi hati saya berkata satu kata.. awak bukan insan yang sesuai buat saya dan saya juga tak sesuai untuk awak.. ingin saya kejar awak walaupun saya mampu namun, saya terpaksa menghentikan langkah saya.. saya terpaksa berpaling pada kehidupan saya yang nyata.. semuanya kerana saya tahu dan sedar di mana kedudukan saya..

Awak, sebagai insan.. saya amat sayangkan awak sebagai sahabat saya.. saya amat sayangkan persahabatan kita.. namun, saya harus redha.. tali persahabatan kita hanya mampu bertahan sampai di sini.. awak, akhir kata, saya memohon berjuta ampun dan maaf dari awak andai selama kita berkenalan dan berkawan, saya ada menyinggung hati dan perasaan lelaki awak.. saya terkasar bahasa dan terlampau cara dengan awak.. sekali lagi saya memohon jutaan ampun dan maaf.. walau apa pun yang terjadi selepas ini, doa saya santiasa mengiringi setiap langkah awak, insyaAllah..

Awak, andai suatu hari nanti kita bertemu kembali, saya meminta agar kita boleh jadi sahabat kembali.. kita simpulkan kembali tali persahabatan yang telah terlerai.. andai diizinkanNYa, mungkin kita boleh jalinkan kembali ukhwah kita bersama..
Awak, warkah ni dah terlalu panjang rasanya.. biarlah saya berhenti sampai setakat ni.. walaupun masih berbaki bicara saya ni.. biarlah kita menongkah arus hidup ni mengikut landasan masing-masing.. mungkin ini adalah yang terbaik buat kita bersama.. saya akan sentiasa berdoa dan terus berdoa padaNya agar kita sentiasa berada dalam rahmatNya, insyaAllah..

Tak mungkin ku berpaling pada dia dan tak mungkin ku berkasih kembali dengannya..(^_^)